Make your own free website on Tripod.com

KIMIA PENGKOMPUTAN

GluKosa

Home | GluKosa | MoLekuL GlukOSa | PeNGiraaN GluKoSa | PenGaTurCaraaN | RuJUkaN

PeNgeNaLan KePadA GluKOsa..

Glukosa diekstrak daripada kismis oleh Andreas Marggraf (1747). Nama glukosa pula diambil daripada perkataan greek 'glycos' yang bermaksud gula atau gula-gula diberikan oleh Jean Dumas. Struktur Glukosa telah ditemui oleh Emil Fischer.

Glukosa (C6H12O6) merupakan sejenis molekul yang mempunyai kumpulan berfungsi aldehid (-CHO), mengandungi enam atom karbon dan mempunyai berat molekul180.18. Nombor CAS bagi glukosa ialah 50-99-7. Lima daripada atom karbon yang terdapat dalam struktur glukosa akan terikat dengan atom oksigen membentuk gelang yang dikenali sebagai "pyranose ring". Setiap karbon yang terdapat dalam gelang ini akan disambungkan kepada kumpulan berfungsi hidroksil (-OH) dan hidrogen (-H) kecuali karbon yang kelima yang terikat kepada atom karbon yang ke-enam yang berada di luar gelang tersebut membentuk kumpulan CH2OH.   

Glukosa terdapat dalam dua bentuk iaitu L-Glukosa (levo glukosa) dan D-Glukosa (dextrose). Namun begitu, ia dapat dikelaskan kepada pelbagai bentuk berdasarkan kepada kepelbagaian fungsinya.  Jika dilihat kepada rantai lurus sesuatu glukosa, ia boleh dikelaskan kepada alpha and beta glukosa. ini boleh dilihat kepada kedudukan kumpulan karbonil di dalam struktur glukosa tersebut.

Dari segi kimia, D-(+)-glucose (dextrose) akan dinamakan berdasarkan Sistem International Union of Pure and Applied Chemistry (IUPAC) sebagai  (2R,3S,4R,5R)-2,3,4,5,6-pentahydroxyhexanol. Glukosa mempunyai banyak bentuk dan mempunyai sebanyak 16 stereoisomer, antara struktur isomer glukosa adalah fruktosa dan sukrosa.

Antara sifat glukosa adalah larut dalam air, ini adalah kerana struktur ini mengandungi kumpulan berfungsi hidroksil (-OH) yang bersifat hidrofilik menyebabkan ia senang bergabung dengan molekul air. Glukosa juga bersifat larut dalam etanol tetapi tidak larut dalam pelarut organik seperti eter, benzena dan kloroform. Salah satu sifat yang paling senang dikesan bagi glukosa ialah ia mempunyai rasa manis.

 Glukosa wujud dalam pelbagai bentuk dan boleh dikelaskan ke dalam pelbagai kategori yang berlainan. Maka ia mempunyai pelbagai fungsi berlainan dan memainkan pelbagai peranan penting dalam pelbagai bidang. Oleh sebab itulah ia digelar sebagai monosakarida yang paling penting. Glukosa merupakan sumber utama tenaga kepada sel untuk bekerja dan membesar. Ia terlibat dalam proses metabolisma tubuh manusia secara langsung. Namun, tidak secara langsung dalam proses fotosintesis kerana sukrosa yang lebih memainkan peranan penting dalam tumbuhan hijau.

Para saintis dan penyelidik juga telah mendapati bahawa otak sangat memerlukan kehadiran glukosa bagi menjalankan fungsinya. Darah bertugas membekalkan gula kepada otak. Paras ideal bagi kandungan glukosa didalam darah ialah lebih kurang 100mg glukosa bagi setiap 100ml darah. Sekiranya paras ini menurun ke tahap 70mg/100ml, gejala -gejala seperti pening, gelisah dan tidak dapat berfikir akan berlaku. Manakala, jika parasnya 8mg/100ml, individu tersebut akan koma. Walau bagaimanapun, kandungan glukosa yang berlebihan dalam darah pula akan menyebabkan penyakit diabetes.

Selain menjadi sumber tenaga kepada hidupan, glukosa juga berupaya menjadi sumber tenaga kepada mesin. Satu kajian telah dilakukan untuk menukarkan glukosa kepada bahan bakar hydrogen fuel cell. Walaupun masih dalam kajian, telah terbukti glukosa mampu menghasilkan sumber tenaga kepada mesin juga.

Kesimpulannya, glukosa memainkan peranan yang sangat penting dan penggunannya yang sangat meluas. 

Favorites

Di sini adalah laman -laman kimia yang boleh diakses :

chem3d1.jpg

molekul glukosa

Program Chem 3D

Struktur ini diperolehi daripada program Chem 3D.